Selamat Datang diucapkan dan terima kasih kerana mengunjungi laman web kami. Laman web ini telah dibina oleh Unit Teknologi dan Maklumat JAIS dengan kerjasama Unit Informasi, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Pembangunan laman web ini adalah cetusan idea dari pihak pentadbiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sendiri yang diketuai oleh Imam Besar, Ustaz Haji Othman Bin Hamzah Al-Muqri.
Walaubagaimanapun Ustaz Haji Othman Bin Hamzah Al-Muqri telah melanjutkan pelajaran beliau di bidang Sarjana di Jordan selama 2 tahun. Mulai 3 Disember 2007 Imam Besar Masjid Negeri telah di lantik iaitu Ustaz Hanifuddin Bin Roslan (S48). Kehadiran beliau selaku peneraju Masjid Negeri ini mampu menaikkan nama baik dan kegemilangan Masjid Negeri sebagai masjid contoh di negeri Selangor.
Dengan kewujudan laman web ini diharap dapat memberi kemudahan serba sedikit kepada masyarakat Islam untuk mendapatkan informasi terkini berkaitan masjid, jadual pengajian, kursus dan sebagainya. Sebarang komen atau pertanyaan boleh diajukan ke alamat e-mail: